Ahad, 24 Julai 2016

Nak tahu bagaimana cincau dihasilkan?



Perkataan cincau berasal dari perkataan china xian cao. Cincau adalah nama umum yang selalu digunakan, orang utara panggil lengkong, manakala orang disebelah pantai timur Malaysia ia digelar beleda hitam. Makanan ini biasanya digunakan dalam penyediaan minuman. Keadaan fizikal makanan ini merupai jeli berwarna hitam, teksturnya kenyal dan tidak mudah pecah. Untuk membuat minuman, cincau dipotong atau diparut dan dimasukkan ke dalam air. Minuman ini boleh dihidangkan secara panas atau sejuk.


Untuk menghasilkan cincau tidaklah sukar, tetapi kesabaran diperlukan. Bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan cincau ialah daun dari sejenis tumbuhan Cyclea barbata atau nama umumnya `jelly grass'. Tumbuhan ini mengandungi bahan alkoloid `cyclein' yang dipercayai dapat mengatasi panas dalam badan dan demam. Cincau yang dihasilkan dari daun segar warnanya kehijau-hijauan, berbanding cincau yang dihasilkan dari daun kering yang berwarna hitam.

Proses myediakan cincau secara komersial dilakukan dengan menggunakan daun dan batang yang telah dikeringkan. Dari kajian yang dijalankan, bungkusan yang mempunyai daun yang lebih dari batang akan memberikan hasil yang lebih baik dan memuaskan.

Lazimnya cincau dijual oleh penjaja sebagai minuman. Namun produk cincau ini amat laris dijual dalam bentuk ketulan pada bulan puasa.

Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cincau ialah

1 peket jelly grass
abu jang
tepung kanji 
air

Cara menyediakan cincau adalah mudah dimana kita perlu memilih dahulu daun yang berkualiti, kemudian daun tersebut perlulah dicuci dahulu untuk membuang kotoran seperti pasir. Langkah seterusnya daun tersebut perlu direndam didalam air yang telah dibancuh bersama abu jang ( atau air abu ) selama satu malam. Kemudian barulah kita merebus rendaman daun jeli tersebut selama 2 jam. Seterusnya air rebusan tersebut perlu ditapis, yang diambil hanya patinya sahaja. Panaskan kembali air rebusan yang ditapis tadi dan masukkan bancuhan tepung kanji dan masak sehingga pekat dan berkilat. masukkan adunan kedalam acuan yang bersesuaian. Dah selesai, cuma perlu tunggu cincau beku sahaja antara 6 hingga 8 jam.

Selamat mencuba. 

Manfaat Cincau:
1. Mengatasi panas dalam badan dan demam
2. Mengatasi sembelit
3. Menjaga pencernaan
4. Mengatasi cirit-birit
5. Baik dimakan bagi orang yang tengah berdiet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan