Semua dari kita tahu apa itu sotong kembang, iaitu sotong kering yang direndam sehingga kembang dan lembut, sesuai dimasak sambal dan lain-lain. Tapi tahukah kita bagaimana sotong kembang disediakan seperti yang terdapat dipasaran. Apa yang kita tahu sotong tu disediakan oleh siapa dan dimonopoli oleh siapa. kita beli jer!
Tapi tahukah kita bagaimana mereka menyediakannya? terjaminkah? bayangkan sejenak. Agak-agak basuh dulu tak sebelum direndam. Kalau dah rendam pasti masuk ke dalam sturktur sotong tu kan. Lepas tu kita beli, kes nak makan punya pasal. Tambah lagi kalau ada yang jual sotong kangkung ke yong tau foo ke... Hehehe... Makan jer.
Cerita pasal sotong kembang ni teringat pulak dekat arwah tok saudara. memang penggemar sotong kembang. Asal pergi rumah dia jer pasti ada menu sotong kembang masak sambal. Sedap...! eh terpesong pulak, nak cerita lain, lain pulak diceritakan.
Mari kita kembali ke tajuk asal kita bagaimana kita nak buat sotong kembang sendiri.
Nak buat sotong kembang tak susah sebenarnya, kita hanya memerlukan beberapa jenis peralatan:-
- Baldi atau besen ( kalau boleh stainlessteel lebih baik ) kalau takde plastik pon ok, guna dulu apa yang ada.
- Penimbang ( Guna masa nak timbang berat dah siap nanti ).
- Sudu dan senduk
Antara bahan - bahan yang diperlukan pula.
1. Sotong kering yang bersaiz besar
2. Air abu @ abu jang ( boleh didapati di kedai runcit )
3. Air bersih
a). Cara nak menyediakan sotong kembang bermula dengan membasuh dahulu sotong kering dengan air yang bersih, yang terbaik di basuh 3 kali.
b). Kemudian kita sediakan air untuk merendam sotong tersebut dengan nisbah 1 air abu dan 10 air bersih (1:10). Jika menggunakan abu jang, sukatannya 1-2 ketul abu jang dengan air 10 liter.
c). Seterusnya kita rendam sahaja sotong kering tadi kedalam air abu yang telah kita sediakan tadi. Masa yang diperlukan untuk merendam sotong adalah antara 5 hingga 6 jam.
d). Selepas 6 jam sotong tersebut dikeluarkan, dan direndam pula kedalam air panas selama 1 jam untuk hasil yang terbaik.
Nah! Dah siap sotong kembang kita. Mudahkan.!
Nota:-
Sotong kembang dikenali sebagai produk yang mengganda dalam tidur setiap pengusahanya. "Dalam tidurpun boleh gandakan pendapatan"
Mengapa begitu?
Sudah pastikan kenapa. Namanyapun sotong kembang. Sotong kering yang direndam sebelum masuk tidur masih kurus dan sekeping. Bangun je pagi, sotong tu dah jadi mantap dan tebal. Cuma perlu direndam dengan air panas untuk buang permukaan keras yang terhasil dipermukaan sotong. Cuba timbang berapa berat sotong tu.
Selamat mencuba...
kalau 1 kg sotong kering akan dapat berapa kg sotong kembang?
BalasPadam