Ahad, 31 Julai 2016

JOM KITA BUAT SOTONG KEMBANG SENDIRI


Semua dari kita tahu apa itu sotong kembang, iaitu sotong kering yang direndam sehingga kembang dan lembut, sesuai dimasak sambal dan lain-lain. Tapi tahukah kita bagaimana sotong kembang disediakan seperti yang terdapat dipasaran. Apa yang kita tahu sotong tu disediakan oleh siapa dan dimonopoli oleh siapa. kita beli jer! 


Tapi tahukah kita bagaimana mereka menyediakannya? terjaminkah? bayangkan sejenak. Agak-agak basuh dulu tak sebelum direndam. Kalau dah rendam pasti masuk ke dalam sturktur sotong tu kan. Lepas tu kita beli, kes nak makan punya pasal. Tambah lagi kalau ada yang jual sotong kangkung ke yong tau foo ke... Hehehe... Makan jer.

Cerita pasal sotong kembang ni teringat pulak dekat arwah tok saudara. memang penggemar sotong kembang. Asal pergi rumah dia jer pasti ada menu sotong kembang masak sambal. Sedap...! eh terpesong pulak, nak cerita lain, lain pulak diceritakan.

Mari kita kembali ke tajuk asal kita bagaimana kita nak buat sotong kembang sendiri. 

Nak buat sotong kembang tak susah sebenarnya, kita hanya memerlukan beberapa jenis peralatan:-


  1. Baldi atau besen ( kalau boleh stainlessteel lebih baik ) kalau takde plastik pon ok, guna dulu apa yang ada.
  2. Penimbang ( Guna masa nak timbang berat dah siap nanti ).
  3. Sudu dan senduk


Antara bahan - bahan yang diperlukan pula.

1. Sotong kering yang bersaiz besar

2. Air abu @ abu jang ( boleh didapati di kedai runcit )

3. Air bersih

a). Cara nak menyediakan sotong kembang bermula dengan membasuh dahulu sotong kering dengan      air yang bersih, yang terbaik di basuh 3 kali. 
b). Kemudian kita sediakan air untuk merendam sotong tersebut dengan nisbah 1 air abu dan 10 air          bersih (1:10). Jika menggunakan abu jang, sukatannya 1-2 ketul abu jang dengan air 10 liter.
c). Seterusnya kita rendam sahaja sotong kering tadi kedalam air abu yang telah kita sediakan tadi.          Masa yang diperlukan untuk merendam sotong adalah antara 5 hingga 6 jam.
d). Selepas 6 jam sotong tersebut dikeluarkan, dan direndam pula kedalam air panas selama 1 jam            untuk hasil yang terbaik.

Nah! Dah siap sotong kembang kita. Mudahkan.! 

Nota:-
Sotong kembang dikenali sebagai produk yang mengganda dalam tidur setiap pengusahanya. "Dalam tidurpun boleh gandakan pendapatan"

Mengapa begitu? 

Sudah pastikan kenapa. Namanyapun sotong kembang. Sotong kering yang direndam sebelum masuk tidur masih kurus dan sekeping. Bangun je pagi, sotong tu  dah jadi mantap dan tebal. Cuma perlu direndam dengan air panas untuk buang permukaan keras yang terhasil dipermukaan sotong. Cuba timbang berapa berat sotong tu.

Selamat mencuba...






Ahad, 24 Julai 2016

Nak tahu bagaimana cincau dihasilkan?



Perkataan cincau berasal dari perkataan china xian cao. Cincau adalah nama umum yang selalu digunakan, orang utara panggil lengkong, manakala orang disebelah pantai timur Malaysia ia digelar beleda hitam. Makanan ini biasanya digunakan dalam penyediaan minuman. Keadaan fizikal makanan ini merupai jeli berwarna hitam, teksturnya kenyal dan tidak mudah pecah. Untuk membuat minuman, cincau dipotong atau diparut dan dimasukkan ke dalam air. Minuman ini boleh dihidangkan secara panas atau sejuk.


Untuk menghasilkan cincau tidaklah sukar, tetapi kesabaran diperlukan. Bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan cincau ialah daun dari sejenis tumbuhan Cyclea barbata atau nama umumnya `jelly grass'. Tumbuhan ini mengandungi bahan alkoloid `cyclein' yang dipercayai dapat mengatasi panas dalam badan dan demam. Cincau yang dihasilkan dari daun segar warnanya kehijau-hijauan, berbanding cincau yang dihasilkan dari daun kering yang berwarna hitam.

Proses myediakan cincau secara komersial dilakukan dengan menggunakan daun dan batang yang telah dikeringkan. Dari kajian yang dijalankan, bungkusan yang mempunyai daun yang lebih dari batang akan memberikan hasil yang lebih baik dan memuaskan.

Lazimnya cincau dijual oleh penjaja sebagai minuman. Namun produk cincau ini amat laris dijual dalam bentuk ketulan pada bulan puasa.

Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cincau ialah

1 peket jelly grass
abu jang
tepung kanji 
air

Cara menyediakan cincau adalah mudah dimana kita perlu memilih dahulu daun yang berkualiti, kemudian daun tersebut perlulah dicuci dahulu untuk membuang kotoran seperti pasir. Langkah seterusnya daun tersebut perlu direndam didalam air yang telah dibancuh bersama abu jang ( atau air abu ) selama satu malam. Kemudian barulah kita merebus rendaman daun jeli tersebut selama 2 jam. Seterusnya air rebusan tersebut perlu ditapis, yang diambil hanya patinya sahaja. Panaskan kembali air rebusan yang ditapis tadi dan masukkan bancuhan tepung kanji dan masak sehingga pekat dan berkilat. masukkan adunan kedalam acuan yang bersesuaian. Dah selesai, cuma perlu tunggu cincau beku sahaja antara 6 hingga 8 jam.

Selamat mencuba. 

Manfaat Cincau:
1. Mengatasi panas dalam badan dan demam
2. Mengatasi sembelit
3. Menjaga pencernaan
4. Mengatasi cirit-birit
5. Baik dimakan bagi orang yang tengah berdiet

Khamis, 14 Julai 2016

Selamat Datang

Admin:-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

JSyam adalah penganjur dan pengendali siri kelas masakan komersial. JSyam dikelola oleh Chef Syam sendiri, yang mempunyai pengalaman dalam bidang makanan sejak tahun 2001. Beliau pernah berkhidmat di sebuah Institut Kulinari Swasta, sebelum menjadi perunding kepada sebuah syarikat makanan dingin beku.

Kini, beliau sudah lebih dari 5 tahun mengelolakan Kelas Masakan JSyam. Sempena tahun ke-6, JSyam menawarkan harga diskaun bagi setiap modul yang ditawarkan.

- kelas terhad 10 orang peserta sahaja bagi setiap modul.

- Kelas berjalan secara demo dan praktikal.

- Daftar segera. ( kalau kelas penuh, kena tunggu jadual seterusnya yer...)

- Jom kita pakat memeriahkan suasana kelas.

- web:- www.kelasmasakanjsyam.tk

- email: kelasmasakanjsyam@gmail.com

- Whatsapp : 011 2655 4977

- Jadual Kelas Masakan JSyam?... dalam masa terdekat